dossier-start-bg

Diam

By

BELAJARLAH untuk diam. Diam boleh jadi suara kita yang paling kuat kerana diamnya kita membuatkan orang akan menumpukan perhatian terhadap apa yang kita akan sampaikan.

Diam juga boleh jadi kata-kata kita lebih banyak kerana apabila kita diam orang di hadapan kita mengandaikan macam-macam kata-kata yang mungkin kita akan sampaikan.

Read More
dossier-start-bg

Kalaulah Semua Orang Mendengar

By

APABILA suami isteri saling mendengar, rumah tangga akan menjadi tempat yang menenangkan. Leganya suami pulang ke rumah dapat menceritakan segala masalah itu ini pada isteri yang setia mendengar. Seronoknya isteri menanti kepulangan suami, peneman yang sudi mendengar luahannya. Begitulah jua apabila para pekerja saling mendengar, organisasi menjadi semakin produktif.

Dengan hanya mendengar, banyak masalah selesai. Sebab, banyak masalah yang sampai kepada kita bukan untuk diselesaikan, sebaliknya untuk didengari. Jadi selepas ini jika isteri atau teman mengadu masalahnya kepada kita, dengarlah.

Read More